Friday, July 2, 2010

Baju untuk si comel





Baju untuk si comel


Ini adalah di antara koleksi baju-baju si comel yang sempat dibeli di Johor sebelum nak balik ke Terengganu. Memang banyak sangat baju-baju baby yang cantik-cantik especially untuk baby girl. Disebabkan tak nak ambil risiko (jantina baby masih lagi tak dapat dipastikan biarpun scan perempuan- so beli aja yang boleh semua pakai- tetapi sebab tak boleh tahan tengok baju baby girl yang cantik terbeli juga akhirnya dua helai- pink and hijau). Baju-baju lain dan kelengkapan lain nanti nak pergi shopping dengan ma...

Lokasi: Jusco Bukit Indah, Tebrau dan Taman U


playgym untuk si comel


Playgym untuk merangsang tumbesaran dan minda si comel...
harga: RM49.90
lokasi: Jusco Taman U, Johor.

Catatan: ada dua jenis, tapi features lebih kurang sama jer, cuma yang membezakannya adalah barang permainan dan harganya (satu lagi RM69.90 dan banyak permainan- tapi untuk newborn, yang ini sudah memadai).
Sebelum ni ada tengok di 1Borneo(KK) tapi harganya RM130.. so bila dah jumpa yang murah, beli aja yang murah kerana kualitinya sama ajer.

Wednesday, June 23, 2010

Alhamdulillah....

Dah lama tak post dalam blog ni. dah bersawang agaknya. emmm sekarang ni sibuk dengan proposal di samping persiapan nak menerima "si comel" (insyaAllah awal bulan 9 ni). Rasa gembira sangat-sangat sebab nak menerima orang baru dalam hidup dan menjadi ibu (Alhamdulillah). inilah tanda cinta kami berdua. Suami sangat excited untuk menerima buah cinta kami yang pertama. Keluarga dan rakan-rakanpun turut meraikan kegembiraan kami berdua. Alhamdulillah... syukur... semoga Allah SWT akan memudahkan urusan kita semua. Amin.