Banyak perkara berlegar-legar di ruang minda.. khususnya untuk memulakan kehidupan semula sebagai seorang pelajar pascasiswazah.. terdapat pelbagai perasaan di saat ni, berbaur-baur. bimbangpun ada, bimbang kerana takut tidak dapat mencapai kecemerlangan.. maklum sajalah momentem masa sekarang sudah tidak seperti dulu, risau kemalasan yang melanda akan terbawa-bawa ke alam study nanti. tapi apapun, ini adalah long term investment untuk mengejar cita-cita aku... kena kuatkan semangat dan palin penting, membuktikan kebolehan dan kemampuan aku dalam melaksanakan amanah sebagai pendidik. aku tahu aku mampu untuk melaksanakannya dengan baik jika aku benar-benar berusaha. hal ini seirangan sebenarnya dengan cita-cita aku untuk membantu insan-insan menjadi sumber manusia yang ikhlas dalam memajukan negara. inilah platform yang paling sesuai dengan aku.
Di kesempatan ini, aku berterima kasih kepada insan-insan yang tak jemu menyokong perjuangan aku iaitu ma (Na'aimah hamzah), ayah (zakaria awang), firdaus, adik-adik aku (mat, dilah.idah,dik jah, adam,wan), nenek-nenekku,arwah tok ayah, mak muda dan uda....
buat rakan-rakan seperjuangan, kak ja (kakak kesayanganku), en fazli, mie, zaki, adah, puan Dzurizah dan semua yang tak jemu menyokong aku (maaf, tak terbilang insan yang baik terhadap diriku), terima kasih aku ucapkan. jasa dan keikhlasan kalian membantu aku dalam merealisasikan cita-cita terindah dalam hidupku hanya Pencipta yang maha Esa sahaja yang dapat membalasnya..
terima kasih di atas segala-galanya.
p/s: firdaus... aku menantikan kunjunganmu..
abg akan bagi sokongan yang tidak belah bagi.... buat yg berbaik k...
ReplyDeletecabaran n dugaan adalah karma hidup manusia....
kena tabah mengharungi nya....