Friday, April 24, 2009


sehari bersama insan istimewa...


Bibir mungil mereka tetap mengukir senyuman, biarpun segalas penderitaan yang mungkin tak tertanggung oleh insan yang lain. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Namun kehidupan tetap mereka teruskan dengan penuh semangat juang yang tinggi. Itulah yang mungkin dapat saya gambarkan semasa lawatan ke Sekolah Pendidikan KhasTuaran Sabah. Lawatan ini merupakan sebahagian projek pelajar tahun 3 program Hubungan Industri SSS, UMS. (Terima kasih buat Kak Kee yang sudi mengundang saya bersama-sama menyertai projek ini)

Sekolah ini bagi saya terlalu istimewa. Banyak yang saya dapati di sini. Biarpun pelajar-pelajarnya hanya 30 orang dengan tenaga pengajar seramai 22 orang, namun kemeriahan dan keceriaan tetap dirasai. Keramahan dan kesabaran guru-guru di sana membuatkan hati kecil saya tersentuh. Alangkah sabarnya mereka dalam usaha mendidik anak bangsa yang istemewa ini. Satu perkara yang amat menyentuh hati saya hingga mengalirkan air mata tanpa sedar adalah semasa persembahan mereka. Lagu " terlalu istemewa" membuatkan saya tidak mampu untuk berkata-kata. kelunakan suara mereka di tambah lagi dengan bait-bait indah lagu tersebut membuatkan ramai di antara kami, menitiskan air mata.

Biarpun dengan kekurangan mereka, namun saya tetap kagum dengan semangat dan cita-cita.
" kak, saya mahu jadi guru".. " kak, saya mahu masuk universiti". Semangat mereka, membuatkan saya terfikir, kenapa insan yang diberikan peluang, tidak memanafaatkan apa yang mereka ada? sedangkan mereka adalah manusia yang bertuah kerana Allah telah memberikan kelebihan yang sepatutnya di manafaatkan.

Pengalaman ini membuatkan saya bersemangat dan apabila cita-cita saya tercapai(InsyaAllah, moga Allah SWT mempermudahkan urusan saya), saya akan membantu mereka sedaya yang saya mampu..


No comments:

Post a Comment