Tuesday, February 10, 2009

KENAPA YAHUDI SANGAT BERKUASA

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

1 Yahudi 100 Islam (1:100)

Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.

Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).

Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Kenapa Yahudi begitu berkuasa? Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan.



Artikel ini ditulis oleh Dr. Farrukh Saleem, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan.

Wednesday, February 4, 2009


Kenangan semasa study dulu...

Benar kata orang... zaman belajar adalah zaman yang akan dirindui. Percayalah inilah fasa terindah di dalam kehidupan manusia. setelah itu, kita akan menempuhi satu fasa yang lain yang memerlukan komitmen yang tinggi sama ada dalam dunia pekerjaan ataupun untuk keluarga tercinta. Sedangkan masa belajar dulu, komitmen kita lebih terarah untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, melatih diri untuk bersedia dengan dunia sebenar.. dan bila berada dalam dunia pekerjaan, inilah realiti yang menunggu kita. Kerenah Rakan sekerja, bebanan tugas yang sentiasa menanti... tapi satu perkara yang akan membuatkan kita enjoy dengan hidup kita bila pekerjaan kita akan memberikan manafaat kepada orang lain...

kenangan terindah bersama-samamu wahai teman-temanku akan terpahat kukuh diingatanku selamanya.

renungan buat teman-teman...

SATU daripada tuntutan dalam syariat Islam yang diwahyukan oleh Allah SWT ke atas umat-Nya ialah anjuran supaya berusaha dan bekerja untuk mendapatkan rezeki halal selain kejayaan di dunia ini. Masalah utama umat Islam zaman ini ialah gemar meminta-minta tetapi malas untuk berusaha demi kebaikan semua.Akibatnya, berlaku banyak peristiwa yang membawa kehancuran serta kerugian kepada dunia Islam, seperti kekurangan profesional dalam bidang sains.Dalam masa sama, seteru Islam mengambil kesempatan atas sikap malas umat Islam dan akibatnya, banyak perkara dalam pelbagai bidang yang dikuasai generasi lalu dalam zaman keagungan Islam gagal dicapai umat Islam hari ini.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan rasul-Nya serta orang yang beriman dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” (At-Taubat ayat 105).Ayat di atas jelas menunjukkan kepada umat Islam supaya sentiasa berusaha dan bekerja, selain menyeru manusia menunjukkan kesungguhan dalam hidup bagi mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW melarang umatnya untuk hidup meminta-minta. Sabda baginda: “Sesungguhnya salah seorang kamu mengambil seutas tali, lalu dibawa bersama sejumlah kayu yang diikat itu di atas bahunya. Lalu ia menjualnya, maka Allah SWT akan menutup wajahnya (tidak mengaibkannya) lebih baik baginya daripada hidup meminta-minta sama ada mereka memberinya atau tidak.

Selain kekurangan dalam bidang berteknologi tinggi, segelintir umat Islam hari ini tidak kisah bagaimana mereka mendapatkan rezeki tanpa mengira sama ada ia mendatangkan keberkatan selain keredaan daripada Allah SWT.Hakikatnya, ada juga yang tamak dan lupa diri apabila berjaya hingga menyisihkan mereka yang memerlukan bantuan seperti zakat dan sebagainya.Bagi memastikan usaha selain kerja yang kita laksanakan mendapat keredaan selain keberkatan, beberapa langkah perlu diambil iaitu niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan memastikan kerja yang dilaksanakan tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Langkah lain yang perlu dilakukan ialah hendaklah bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau kerja yang diamanahkan, tidak meninggalkan tanggungjawab wajib kepada Allah SWT seperti menunaikan solat, mengeluarkan zakat, penjagaan aurat dan akhlak.Menyerahkan segala urusan selepas usaha dilakukan hanya kepada Allah SWT dan yakinlah semua usaha serta kerja yang dilakukan pasti mendapat balasan setimpal kerana Allah maha adil serta saksama. Sabda Rasullullah SAW: “Jikalau kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu sebagaimana Allah memberi rezeki kepada seekor burung yang keluar di waktu dinihari dalam keadaan lapar dan pulang dalam keadaan perut berisi.

(petikan dari akhbar tempatan)