kata orang, dugaan itu untuk mematangkan kita... kata orang, hidup tidak bererti tanpa cabaran... kata orang lain, kita di duga sesuai dengan kemampuan kita... kata aku... itulah hakikat kehidupan... manusia pelbagai ragam, pelbagai cara. aku terima seadanya insan di kelilingku... aku tidak mengharapkan mereka membalas kebaikan aku..cuma aku paling benci dengan manusia yang berpura-pura dan sentiasa mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain...
Thursday, October 22, 2009
exam ohhh exam...
apapun, satu perkara yang saya perlu belajar adalah "time management"... seandainya pengurusan masa dilaksanakan dengan baik, maka segala-galanya akan lebih tersusun... so, next semester, kena lebih beringat dan mulakan segala-gala dari awal lagi...
by the way... good luck for all MHR students especially to Fathi..
Friday, September 4, 2009
Hari Bahagia yang dinanti....

Bergelar suri kepada seorang insan lelaki yang amat dicintai sudah pasti merupakan satu kegembiraan yang tak terhingga di dalam kehidupan seorang wanita. Alhamdulillah, tak lama lagi aku akan bergelar isteri untuk insan kesayanganku. Sepanjang perjalanan hidupku, dicintai oleh seorang lelaki sepertinya membuat kehidupan aku lebih sempurna.. semoga sinar kebahagiaan akan terus menyinari hidup kami berdua.
buat MOHD FIRDAUS kesayanganku... aku menantikan kedatanganmu pada 6 syawal nanti....
25september2009- satu lagi catatan sejarah dalam hidupku... ulangtahun kelahiran dan hari bahagiaku...
Tuesday, June 2, 2009
terima kasih...
Di kesempatan ini, aku berterima kasih kepada insan-insan yang tak jemu menyokong perjuangan aku iaitu ma (Na'aimah hamzah), ayah (zakaria awang), firdaus, adik-adik aku (mat, dilah.idah,dik jah, adam,wan), nenek-nenekku,arwah tok ayah, mak muda dan uda....
buat rakan-rakan seperjuangan, kak ja (kakak kesayanganku), en fazli, mie, zaki, adah, puan Dzurizah dan semua yang tak jemu menyokong aku (maaf, tak terbilang insan yang baik terhadap diriku), terima kasih aku ucapkan. jasa dan keikhlasan kalian membantu aku dalam merealisasikan cita-cita terindah dalam hidupku hanya Pencipta yang maha Esa sahaja yang dapat membalasnya..
terima kasih di atas segala-galanya.
p/s: firdaus... aku menantikan kunjunganmu..
Monday, April 27, 2009
kenangan @ dinnersss.ums
dinner SSS di 1borneo...
Jika dihitung, kali ni sudah 3 kali aku menyertai dinner@sss. Secara umumnya, majlis agak hambar. Entahlah di mana kesilapan dan aku tak ingin untuk mencari kelemahan itu. Biarlah... Cuma masih dikira baik sebab aku bersama-sama insan-insan kesayanganku (firdaus, kak ja dan lain-lain)
dinner kali ini biarpun tidak memenuhi hasrat di hati, namun ia tetap berbeza. Banyak perbezaan, satunya aku hadir ke dinner tersebut tanpa naik ke pentas untuk menerima anugerah dekan atau anugerah pelajar terbaik program atau apa-apa anugerah. kenapa? status aku sudah berubah. Dulu aku pelajar tapi sekarang aku staff. Itu mungkin perbezaan yang nyata..
Mungkin jika ada yang membaca artikel ini menganggap aku berbangga diri. tapi hakikatnya bukan itu maksud aku.. Aku rindakan masa-masa lalu aku. Masa lalu di mana sepenuh hati aku berusaha untuk menggapai impian aku. rindu masa lalu di mana kehidupan aku dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang setia dan sanggup berjuang bersama-sama aku. keikhlasan sahabat-sahabatku membuatkan perjuangan aku makin ampuh meredah badai... masa di mana aku hanya berjuang mencari dan mengejar kejayaan dalam hidup..
Hakikatnya, aku bukan insan popular dan tidak berminat untuk mencari populariti. aku senang dengan kehidupan yang biasa-biasa sahaja dan aku cukup tidak berminat untuk menjadi seorang manusia yang dikagumi dan dianggap sempurna. kenapa? bila tanggapan seperti itu wujud membuatkan aku rimas kerana aku terpaksa untuk sentiasa menjadi yang terbaik mengikut corak orang lain... bukan mengikut rentak aku sendiri... aku rimas dan lemas...
Itulah hakikat kehidupan, saat ini aku telah memasang angan-angan... aku ingin mencipta kejayaan dan kebahagiaan TAPI mengikut rentak dan cara aku. dan harapan aku moga mereka semua memahami... biarpun aku kecewa, biarlah aku rebah tapi untuk aku menyerah kalah, itu pasti satu perkara yang tidak akan berlaku dalam hidup aku kerana Aku percaya, Allah SWT sedang mengatur yang terbaik buat aku.
Terima Kasih kepada Kehidupan yang mengajar aku erti kematangan.
Friday, April 24, 2009
sehari bersama insan istimewa...
Sekolah ini bagi saya terlalu istimewa. Banyak yang saya dapati di sini. Biarpun pelajar-pelajarnya hanya 30 orang dengan tenaga pengajar seramai 22 orang, namun kemeriahan dan keceriaan tetap dirasai. Keramahan dan kesabaran guru-guru di sana membuatkan hati kecil saya tersentuh. Alangkah sabarnya mereka dalam usaha mendidik anak bangsa yang istemewa ini. Satu perkara yang amat menyentuh hati saya hingga mengalirkan air mata tanpa sedar adalah semasa persembahan mereka. Lagu " terlalu istemewa" membuatkan saya tidak mampu untuk berkata-kata. kelunakan suara mereka di tambah lagi dengan bait-bait indah lagu tersebut membuatkan ramai di antara kami, menitiskan air mata.
Biarpun dengan kekurangan mereka, namun saya tetap kagum dengan semangat dan cita-cita.
" kak, saya mahu jadi guru".. " kak, saya mahu masuk universiti". Semangat mereka, membuatkan saya terfikir, kenapa insan yang diberikan peluang, tidak memanafaatkan apa yang mereka ada? sedangkan mereka adalah manusia yang bertuah kerana Allah telah memberikan kelebihan yang sepatutnya di manafaatkan.
Pengalaman ini membuatkan saya bersemangat dan apabila cita-cita saya tercapai(InsyaAllah, moga Allah SWT mempermudahkan urusan saya), saya akan membantu mereka sedaya yang saya mampu..
Tuesday, February 10, 2009
KENAPA YAHUDI SANGAT BERKUASA
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika,
1 Yahudi 100 Islam (1:100)
Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.
Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).
Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Kenapa Yahudi begitu berkuasa? Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi,
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan.
Artikel ini ditulis oleh Dr. Farrukh Saleem, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS)
Wednesday, February 4, 2009
Benar kata orang... zaman belajar adalah zaman yang akan dirindui. Percayalah inilah fasa terindah di dalam kehidupan manusia. setelah itu, kita akan menempuhi satu fasa yang lain yang memerlukan komitmen yang tinggi sama ada dalam dunia pekerjaan ataupun untuk keluarga tercinta. Sedangkan masa belajar dulu, komitmen kita lebih terarah untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, melatih diri untuk bersedia dengan dunia sebenar.. dan bila berada dalam dunia pekerjaan, inilah realiti yang menunggu kita. Kerenah Rakan sekerja, bebanan tugas yang sentiasa menanti... tapi satu perkara yang akan membuatkan kita enjoy dengan hidup kita bila pekerjaan kita akan memberikan manafaat kepada orang lain...
kenangan terindah bersama-samamu wahai teman-temanku akan terpahat kukuh diingatanku selamanya.
renungan buat teman-teman...
SATU daripada tuntutan dalam syariat Islam yang diwahyukan oleh Allah SWT ke atas umat-Nya ialah anjuran supaya berusaha dan bekerja untuk mendapatkan rezeki halal selain kejayaan di dunia ini. Masalah utama umat Islam zaman ini ialah gemar meminta-minta tetapi malas untuk berusaha demi kebaikan semua.Akibatnya, berlaku banyak peristiwa yang membawa kehancuran serta kerugian kepada dunia Islam, seperti kekurangan profesional dalam bidang sains.Dalam masa sama, seteru Islam mengambil kesempatan atas sikap malas umat Islam dan akibatnya, banyak perkara dalam pelbagai bidang yang dikuasai generasi lalu dalam zaman keagungan Islam gagal dicapai umat Islam hari ini.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan rasul-Nya serta orang yang beriman dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” (At-Taubat ayat 105).Ayat di atas jelas menunjukkan kepada umat Islam supaya sentiasa berusaha dan bekerja, selain menyeru manusia menunjukkan kesungguhan dalam hidup bagi mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW melarang umatnya untuk hidup meminta-minta. Sabda baginda: “Sesungguhnya salah seorang kamu mengambil seutas tali, lalu dibawa bersama sejumlah kayu yang diikat itu di atas bahunya. Lalu ia menjualnya, maka Allah SWT akan menutup wajahnya (tidak mengaibkannya) lebih baik baginya daripada hidup meminta-minta sama ada mereka memberinya atau tidak.
Selain kekurangan dalam bidang berteknologi tinggi, segelintir umat Islam hari ini tidak kisah bagaimana mereka mendapatkan rezeki tanpa mengira sama ada ia mendatangkan keberkatan selain keredaan daripada Allah SWT.Hakikatnya, ada juga yang tamak dan lupa diri apabila berjaya hingga menyisihkan mereka yang memerlukan bantuan seperti zakat dan sebagainya.Bagi memastikan usaha selain kerja yang kita laksanakan mendapat keredaan selain keberkatan, beberapa langkah perlu diambil iaitu niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan memastikan kerja yang dilaksanakan tidak bertentangan dengan syariat Islam.